SATU KISAH SERAM, VOLKSWAGEN KUNING

 



SATU KISAH SERAM, VOLKSWAGEN KUNING


Kisah seram yang aku nk ceritakan kali ni merupakan salah satu kisah seram yang tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia pada hari ini, iaitu kisah berkenaan dengan volkswegen kuning.

 Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu ini sering menjadi mimpi ngeri dan terutamanya Pengguna Jalan raya karak, cerita munculnya kelibat vw kuning ni bukanlah cerita baru sebenarnya, tetapi cerita ni telah lama berlaku sekitar tahun 1956 lagi. Ada orang kata cerita pasal vw kuning ni bukanlah cerita hantu semata – mata tetapi lebih kepada kisah yang mengaibkan.

 Kisah vw kuning ni menjadi semakin popular sejak Lebuhraya utara Selatan dibina merentasi Kawasan yang dinamakan jelapang, pada ketika itulah hantu vw kuning ni kerap kali muncul dan menganggu kenderaan yang lalu lalang disitu. Mengikut cerita orang – orang lama berkenaan dengan vw kuning ni ada yang kata puncanya dipercayai bermula daripada kisah pasangan suami isteri, si isteri ni telah curang dan apa yang lebih mengerikan lagi adalah, bukan curang sahaja, tapi si isteri ni juga telah membunuh suaminya dan kemudian merampas kereta vw kuning milik suaminya.

 Disebabkan perkara ini lah, roh arwah si suami tidak tenang dan mati dalam keadaan menyimpan dendam yang membara dan si suami ni nak balik kereta vw yang diambil bekas isterinya. Jika memang betul – betul wujud dan pernah dilihat orang hantu ve kuning ni, maka itu sebenarnya adalah jin keturunan iblis yang bergelar jembalang, bukan si suami yang mati dibunuh kejam.

 Mengikut pengalaman orang – orang yang pernah diganggu vw kuning di Lebuhraya karak ni, kereta vw kuning ni akan tiba – tiba muncul depan kereta kita dan dia akan pandu secara perlahan dan sekiranya kita cuba nak memotong balik kerea vw kuning ni, secara tiba – tiba dia akan ada balik di depan kereta kita secara megejut, perkara inilah yang menyebabkan banyaknya kemalangan disebabkan gangguan vw kuning.

 Menurut pengalaman seorang pelajar UIA (tidak perlu disertakan nama) yang datang dari Gombak menuju ke Temerloh dengan motosikal pernah melalui dan tersermpak dengan kereta kuning di lebuhraya itu pada tahun 2009 pada waktu senja kira-kira jam 7.30. Disebabkan beliau mengetahui akan misteri tersebut, beliau hanya ambil langkah bertenang dan tidak memotong kereta tersebut dan apa yang di perasan pada waktu tu adalah kereta tersebut bergerak tanpa pemandu.

Comments